Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara dimobilisasikan sebagai pusat bantuan untuk membantu orang awam terutama warga emas, yang menghadapi kesukaran mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini, usaha itu diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam memerangi pandemik COVID-19.
“Sehubungan itu, kakitangan PEDi yang bertugas sepenuh masa di PEDi akan membantu melicinkan proses pendaftaran. Terdapat juga paparan poster di PEDi mengenai pendaftaran vaksin COVID-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.
“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dimajukan kepada pihak PEDi yang berdekatan,” demikian menurut kenyataan itu
