
Program Erezeki secara percuma
Program eRezeki merupakan perkongsian unik gabungan bersama Awam-Swasta yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan ‘Private Talent Cloud’ yang pertama di dunia. Program eRezeki adalah tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan.
Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.
Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari kemahiran baru, serta menambah pendapatan dengan bekerja untuk syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia dan tempatan. Program ini dibuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah sama ada pelajar, suri rumah, pesara ataupun warga emas.
Beberapa pusat eRezeki telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik seperti di Johor, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur. Pusat eRezeki adalah pusat fizikal, yang menyediakan infrastruktur dan bantuan yang diperlukan untuk anda untuk turut serta dalam program ini.
Untuk Maklumat lanjut boleh datang ke Pusat Internet Kg Pantai Kuala Besut.