mcmc
Maklumat Setempat

Program E-rezeki

 

 

Pendapatan secara Atas Talian

Kini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutama golongan yang kurang pendedahan terhadap IT.

Oleh itu, menjadi matlamat kami di MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi digital.

Jadilah sebahagian dari tenaga kerja atas talian dengan menyertai program eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan yang disediakan dan memperolehi bayaran bagi setiap tugasan yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan terdiri daripada tugasan-tugasan digital mikro ringkas yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk disiapkan, kepada tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, yang mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Daftarlah dengan eRezeki sekarang untuk mendapat latihan dan kelayakan, dan seterusnya dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian. Pendaftaran adalah percuma, Program E-rezeki ini adalah Anjuran Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh dan Pusat Internet 1Malaysia Kg Jabi.

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai

Tarikh   : 2 November 2017

Masa    : 9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari

https://erezeki.my/ms/home-my/