Seperti yang sediamaklum di besut terkenal dengan aktiviti pelancongan dan kurang penduduk yang Bertani.Tempat-tempat pelancongan di Besut seperti :
1.LATA TEMBAKAH
Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT.Lata Tembakah terdiri daripada air terjun setinggi 5 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Belantan terdapat satu jambatan gantung.Daripada Jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Manakala untuk ke air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700m yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki.Lata Tembakah terletak di dalam hutan lipur, oleh itu terdapat banyak khazanah alam samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahupun koleksi pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat tersendiri disekelilingnya. Selain itu terdapat kemudahan untuk para pengunjung.Di antara kemudahan yang terdapat di sini adalah chalet penginapan yang di uruskan oleh Pejabat Perhutanan yang disediakan dengan harga berpatutan. Juga disediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang gemarkan aktiviti atau ingin merasai suasana alam di sini. Di samping itu kemudahan asas lain turut terdapat di sini seperti wakaf, tandas serta kerusi rehat. Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh.
2.LATA BELATAN
Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat disini, dan ia merangkumi kawasan seluas 20 hektar. Antara pokok Dipterokarp yang terdapat di sini seperti pokok Meranti dan pokok Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat di sini ialah pokok Nyatoh, Kelat, Mersawa, Mersawa, Kedondong dan lain-lain.Di kawasan berbukit tinggi yang menghala ke puncak Gunung Tebu, terdapat pokok-pokok yang terdiri daripada jenis pokok Meranti, pokok Balau Laut Merah. Selain itu di kawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah pokok Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti pokok Podo dan pokok Damar Minyak. Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985 bagi menawarkan kemudahan bagi pengunjung.Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan di mana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah “Forest Camping Holiday”. Bersesuaian dengan konsep tersebut, pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf (“pondok rehat”), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).Bagi pengunjung yang inginkan kegiatan mencabar, satu denai hutan disediakan bagi pendaki menuju ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.
Pages: 1 2