mcmc
Maklumat Setempat

PERKHIDMTAN PINTAR DI NADI (NADI 5 PILLAR)

 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkatkan sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.