NADI KG PANTAI FASA 1 (X)
NADI Kg Pantai merupakan NADI fasa 1 yang telah ditubuhkan pada 4 Januari 2009 dan mula beroperasi pada 4 April 2009. Terletak berhampiran Jeti ke Pulau Perhentian dan Berdekatan dengan Tadika dan Taska Kg Pantai. Dahulu, NADI Kg Pantai dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK).
Sebelum NADI Kg Pantai mula ditubuhkan, tapak yang telah digunakan sekarang merupakan balai raya Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung pantai (JKKK). Pengerusi JKKK Kg Pantai ialah Othmad Bin Mahmud. Setelah diberitahu akan penubuhan NADI Kg Pantai, Beliau telah bersetuju balai raya yang beliau gunakan dijadikan sebagai Pusat ICT kepada komuniti kampung. Pada Julai 2014 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pantai dinaiktaraf sebagai Pusat Internet fasa 1(X) dan telah diubahsuai dari segi bangunan dan peralatan yang semakin canggih mengikut peredaran semasa .Bermula dari NADI Kg Pantai ditubuhkan pada 1 April 2009 sehingga November 2025 NADI Kg Pantai telah memiliki keahlian seramai 3562 keahlian dan 27276 orang pengunjung.
NADI Kg Pantai telah memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat kepada semua golongan tidak kira tua atau muda. NADI Kg Pantai juga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan mengenai ICT dan sehingga kini, NADI Kg Pantai telah dikenali di semua peringkat umur bagi kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.NADI Kg Pantai juga memberi kemudahan kepada warga asing yang datang melancong ke pulau perhentian untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan, NADI Kg Pantai sering bekerjasama dengan komuniti khususnya JKKK Kg Pantai dan agensi yang lain dalam memberi bantuan kepada komuniti setempat dalam mengisi permohonan online dan dalam pelbagai aspek kemasyarakatan antara komuniti setempat.