mcmc
Laporan Aktiviti

OKTOBER 2025 – KEMPEN INTERNET SELAMAT

TARIKH18/10/2025
MASA10.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA8 ORANG PELAJAR
TUJUAN

Satu inisiatif kesedaran digital yang dijalankan oleh NADI menerusi modul khusus untuk mendidik masyarakat termasuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru tentang keselamatan siber, privasi data, penipuan dalam talian, buli siber, dan penyebaran berita palsu.
AKTIVITI

Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran NADI bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya murid sekolah dan belia, tentang kepentingan menggunakan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab dengan memberi penekanan kepada isu buli siber, berita palsu, privasi data serta had umur penggunaan media sosial. Tajuk untuk bulan ini DEEPFAKE & AI Jangan Mudah Tertipu di Alam Maya!. Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai program untuk bulan oktober ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

Gambar di sini