| TARIKH | 04/10/2025 |
| MASA | 02.30 -04.30 |
| TEMPAT | NADI KAMPUNG PANTAI |
| PESERTA | 5 ORANG PELAJAR |
| TUJUAN Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 – 5) dalam subjek Bahasa Inggeris, khususnya kemahiran membaca. Melalui webinar ini, pelajar didedahkan dengan teknik, strategi, dan pendekatan pembelajaran yang berkesan untuk menguasai cabaran membaca, seterusnya membantu mereka meningkatkan kefahaman teks, kosa kata serta keyakinan dalam penggunaan bahasa Inggeris. |
| AKTIVITI Sepanjang sesi webinar, para peserta akan mengikuti pengajaran interaktif bersama Cikgu Diyana, seorang pendidik berkelulusan B.Ed TESL. Aktiviti meliputi penerangan kaedah membaca berkesan, perkongsian tip menjawab soalan, latihan kefahaman bacaan, serta sesi soal jawab bersama pelajar. Peserta juga akan diberikan tugasan latihan membaca bagi menguji pemahaman dan meningkatkan kemahiran melalui bimbingan secara langsung. Seramai 5 orang pelajar telah menyertai sesi kali ini. Semoga semua mendapat manfaat daripada program yang dijalankan ini. Gambar klik sini |
