| TARIKH | 14/03/2026 |
| MASA | 08.00-03.00 petang |
| TEMPAT | NADI KAMPUNG PANTAI |
| PESERTA | 50 ORANG |
| TUJUAN Program Bazar Raya NADI Kampung Pantai dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat melalui penyertaan usahawan tempatan dalam mempromosikan dan menjual produk mereka. Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat sempena sambutan Hari Raya. Di samping itu, ia memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan kesihatan melalui pemeriksaan percuma serta meningkatkan kesedaran terhadap kemahiran digital dan keusahawanan melalui aktiviti webinar yang dianjurkan. |
| AKTIVITI Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk semua lapisan masyarakat. Antaranya ialah jualan produk oleh usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai barangan dan juadah raya. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti photobooth Riang Raya untuk merakam kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan. Program ini turut menampilkan webinar berkaitan Kidventures dan keusahawanan. Bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna turut dianjurkan untuk mencungkil kreativiti mereka. Selain itu, terdapat juga pertandingan puzzle bertemakan raya yang menguji kemahiran berfikir peserta. Tidak ketinggalan, kuiz Ihya’ Ramadhan turut diadakan bagi menambah pengetahuan peserta berkaitan bulan Ramadan. Gambar di sini |
