
| NAMA | PUAN ZAITON BINTI HASHIM |
| JENIS PERNIAGAAN | KEREPEK / MAKANAN RINGAN |
Latar belakang
Puan Zaiton mula menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak tahu cara mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, perniagaan beliau agak maju dan memberangsangkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan di NADI Kampung Pantai
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20 – RM50 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di laman Sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan di NADI Kampung Pantai
DI NADI pelbagai kelas keushawanan yang disediakan untuk membantu usahawan yang baru ingin bermula. Dengan ilmu yang dipelajari, Puan Zaiton telah menggunakan platform facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat. Beliau juga mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan NADI Kg Pantai untuk memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual. Kini perniagaan beliau agak maju. Alhamdulillah kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100 – RM 500. Semoga lebih ramai usahawan di luar sana mendapat manfaat daripada program dan aktiviti keusahawanan yang dijalankan di NADI.