mcmc
Laporan Aktiviti

KIDVENTURE COHORT 5: PELAN PERNIAGAAN PINTAR SAYA

TARIKH23/08/2025
MASA10.00-11.00 PAGI
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA3 ORANG
TUJUAN

NADI Kidventure, bertujuan memupuk semangat serta pengetahuan keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun.
AKTIVITI

Pelan Perniagaan Pintar Saya ialah satu pendekatan pembelajaran yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana untuk merancang dan membina idea perniagaan secara sistematik. Melalui pelan perniagaan pintar, peserta bukan sahaja belajar mencetuskan idea produk atau perkhidmatan, tetapi juga memahami perkara asas seperti mengenal pasti pelanggan sasaran, menetapkan harga, mengurus kos, merancang strategi pemasaran serta mengukur keberkesanan perniagaan. Pendekatan ini dianggap “pintar” kerana ia menekankan penggunaan cara yang kreatif, ringkas, dan praktikal supaya sesuai dengan tahap pemahaman usahawan cilik. Secara tidak langsung, ia melatih mereka berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan menanam keyakinan diri untuk membentangkan idea perniagaan kepada orang lain.

Gambar tekan sini