TARIKH | 14 JUN 2025 |
MASA | 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI | NADI KAMPUNG PANTAI |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN Menyediakan peluang kepada murid-murid sekolah untuk mempelajari teknologi seperti pengaturcaraan, robotik, data dan pembangunan laman web. |
AKTIVITI Aktiviti Robotik dalam program FS4A memberi pendedahan kepada murid tentang asas robotik dan automasi melalui penggunaan kit dan alatan seperti motor serta sensor. Murid akan belajar bagaimana mengawal pergerakan robot, menyalakan lampu LED, dan menggunakan sensor untuk mengesan halangan atau jarak. Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran logik, kreativiti dan penyelesaian masalah dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Gambar di sini https://kgpantai.nadi.my/14-jun-2025-tiny-techies-robotik/ |