TARIKH | 18/06/2025 |
MASA | 02.30 – 04.45 PETANG |
TEMPAT | NADI KAMPUNG PANTAI |
PESERTA | 2 |
TUJUAN Memberi pendedahan ringkas dan padat tentang dunia keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan dan menyampaikan ilmu, inspirasi dan strategi keusahawanan secara fleksibel melalui pelbagai format pembelajaran. |
AKTIVITI Aktiviti dalam Program NADI x Keusahawanan – Edisi Ekspres dijalankan secara padat dan fleksibel melalui tiga komponen utama. Program dimulakan dengan tontonan video berdurasi 15 minit yang memaparkan kisah inspirasi dan idea-idea keusahawanan untuk membuka minda peserta. Seterusnya, peserta menyertai sesi webinar selama 1 jam 30 minit yang menampilkan perkongsian daripada usahawan berpengalaman yang membincangkan topik seperti strategi pemasaran, pengurusan perniagaan, cabaran serta peluang dalam dunia keusahawanan masa kini. Program diakhiri dengan tontonan podcast selama 30 minit yang mengetengahkan perbualan santai berkaitan perjalanan usahawan, tip praktikal serta dorongan motivasi yang relevan dengan dunia perniagaan sebenar. Gambar di sini https://kgpantai.nadi.my/18-jun-2025-nadi-x-keusahawanan-program-khas-edisi-ekspres/ |