mcmc
Laporan Aktiviti

JUN 2025 – DILEA BERKALA MATEMATIK (SKOR MATEMATIK MUDAH)

TARIKH21/06/2025
MASA02.30-4.30 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA2 ORANG
TUJUAN

Webinar ini adalah untuk membantu pelajar memahami dan menguasai teknik menjawab soalan Matematik SPM dengan lebih berkesan, khususnya bagi Kertas 1 dan 2. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada strategi pengurusan masa semasa peperiksaan, mengenal pasti topik penting yang sering diuji, serta membina keyakinan pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat dan pantas.
AKTIVITI

Webinar Berkala Matematik ini dilaksanakan secara atas talian dan disusun mengikut secara bulanan. Setiap sesi memberi fokus kepada topik-topik utama dalam Kertas 1 dan 2 Matematik SPM seperti algebra, statistik, kebarangkalian, koordinat dan geometri. Pelajar akan mengikuti penerangan konsep secara langkah demi langkah oleh guru berpengalaman, disusuli dengan latihan soalan sebenar SPM dan perbincangan teknik menjawab secara berstrategi. Aktiviti turut merangkumi sesi latih tubi soalan KBAT, serta slot soal jawab bersama peserta bagi menyelesaikan kekeliruan. Bahan pembelajaran seperti lembaran kerja disediakan untuk memudahkan lagi pelajar untuk memahami sesuatu persoalan.

Gambar disini https://kgpantai.nadi.my/21-jun-2025-dilea-berkala-matematik-skor-matematik-mudah/