| TARIKH | 22/12-29/12/2025 |
| MASA | 03.00-04.00 PETANG |
| TEMPAT | NADI KAMPUNG PANTAI |
| PESERTA | 12 ORANG PELAJAR |
| TUJUAN Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid dan pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab sejak usia muda. Melalui pendekatan santai dan interaktif semasa cuti sekolah, peserta dapat memahami risiko seperti penipuan siber, buli siber dan penyalahgunaan media sosial, seterusnya membentuk sikap berhati-hati ketika berada di alam digital. |
| AKTIVITI Program ini juga bertujuan memupuk kemahiran berfikir secara kritikal, kreativiti serta kerjasama dalam kalangan peserta melalui aktiviti berkonsepkan permainan, seni dan pendidikan. Pendedahan awal ini diharap dapat melahirkan generasi celik digital yang bijak melindungi diri, keluarga dan rakan dalam dunia siber. Aktiviti Program merangkumi pelbagai pendekatan interaktif dan menyeronokkan seperti aktiviti Detektif Siber yang melatih peserta mengenal pasti ancaman keselamatan internet melalui penyelesaian kes dan tugasan, Kuiz Interaktif Internet Selamat (KIS WAR / KIS dan Kita) bagi menguji kefahaman tentang etika, privasi dan keselamatan dalam talian, serta aktiviti mewarna bertemakan Internet Selamat untuk menyemai kesedaran secara kreatif dalam kalangan kanak-kanak. Program ini turut disertakan dengan perkongsian ringkas dan pesanan keselamatan siber bagi memberi panduan mudah dan praktikal tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Gambar di sini |
