mcmc
Laporan Aktiviti

DISEMBER 2025 – DILEA WEBINAR BERKALA – MOTIVASI PELAJAR EDISI 4

TARIKH06/12/2025
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
MASA02.30-04.30
PESERTA2 ORANG
TUJUAN

Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan membentuk sikap baharu dalam kalangan pelajar ke arah pembelajaran yang lebih positif dan berkesan. Melalui webinar ini, pelajar didedahkan dengan teknik pembelajaran yang betul, pengurusan diri serta kepentingan sikap proaktif dalam mencapai kejayaan akademik. Program ini juga bertujuan memberi dorongan moral kepada pelajar agar lebih yakin, berdisiplin dan bersemangat dalam meneruskan pembelajaran.
AKTIVITI

Aktiviti program merangkumi sesi perkongsian motivasi oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitan sikap dan minda pelajar. Selain itu, turut diadakan sesi interaktif bersama dua orang pelajar melalui soal jawab, perbincangan ringkas dan refleksi kendiri bagi memastikan penglibatan aktif peserta. Program ini dilaksanakan secara dalam talian dengan pendekatan santai dan berfokus bagi memberi impak maksimum. Seramai 2 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai aktiviti ini.

Gambar di sini