mcmc
Laporan Aktiviti

NOVEMBER 2025 – NADI DILEA OPEN TUITION TINGKATAN 1

TARIKH1 -31 NOVEMBER 2025
MASA3.30 – 4.30
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA5 ORANG

TUJUAN

Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah menjelang peperiksaan . Selain itu, ia juga bertujuan memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk pelajar memahami topik-topik yang sukar, mengukuhkan latihan menjawab soalan peperiksaan serta membina keyakinan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar.
AKTIVITI

Sebanyak 10 sesi kelas diadakan sepanjang bulan November. Antara aktiviti dalam kelas termasuklah sesi ulang kaji topik penting mengikut subjek, latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar, perbincangan jawapan bersama guru dan kuiz. Selain itu, aktiviti seperti teknik menjawab soalan, simulasi peperiksaan dan motivasi pembelajaran turut dijalankan bagi meningkatkan keyakinan dan semangat pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Gambar di sini