mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

TARIKH06/09/2025
MASA10.00-4.00 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA50 ORANG
TUJUAN

Sambutan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat serta memberi peluang kepada semua peringkat umur menyertai aktiviti sihat, kreatif dan bermanfaat dalam suasana penuh warna-warni.
AKTIVITI

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk mencungkil kreativiti kanak-kanak, kuiz merdeka yang menguji pengetahuan sejarah dan semangat patriotisme, pertandingan e-sukan khas buat golongan remaja, pertandingan menghias kek merdeka yang penuh warna-warni, saringan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan, serta cabutan bertuah yang menjadi penyeri sambutan dengan hadiah-hadiah menarik.

Gambar tekan sini