mcmc
Laporan Aktiviti

OGOS 2025 – NADI WELLBEING – PEMERIKSAAN KESIHATAN

TARIKH16/08/2025
MASA10.00-11.00 PAGI
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA24 ORANG
TUJUAN

Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui pemeriksaan awal, sekali gus membantu mencegah risiko penyakit kronik dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
AKTIVITI

Aktiviti melibatkan saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, tahap gula dalam darah dan BMI. Peserta turut diberikan penerangan ringkas mengenai gaya hidup sihat.Masyarakat perlu tahu mengenai bacaan tekanan darah, tahap gula dalam darah dan BMI kerana ia merupakan penanda asas tahap kesihatan seseorang. Pengetahuan ini membantu individu mengesan lebih awal risiko penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, strok, sakit jantung dan obesiti.

Dengan mengetahui status kesihatan sendiri, masyarakat dapat mengambil langkah pencegahan melalui pemakanan sihat, senaman, kawalan berat badan serta rawatan perubatan jika perlu. Kesedaran ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup, malah dapat mengurangkan beban kos rawatan jangka panjang serta membentuk komuniti yang lebih sihat dan produktif. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program ini.

Gambar di sini