mcmc
Maklumat Komuniti

Sejarah NADI Kg Pantai

NADI KG PANTAI FASA 1 (X)

NADI  Kg Pantai merupakan NADI fasa 1 yang telah ditubuhkan pada 4 Januari 2009 dan mula beroperasi pada 4 April 2009. Terletak berhampiran Jeti ke Pulau Perhentian dan Berdekatan dengan Tadika dan Taska Kg Pantai. Dahulu, NADI  Kg Pantai  dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan pada julai 2012, nama Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) telah ditukarkan kepada Pusat Internet  (PI) Kg Pantai dan sekarang di kenali sebagai NADI Kg Pantai.

Sebelum NADI  Kg Pantai mula ditubuhkan, tapak yang telah digunakan sekarang merupakan balai raya Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung pantai (JKKK). Pengerusi JKKK Kg Pantai ialah Othmad Bin Mahmud. Setelah diberitahu akan penubuhan NADI  Kg Pantai, Beliau telah bersetuju balai raya yang beliau gunakan dijadikan sebagai Pusat ICT kepada komuniti kampung. Pada Julai 2014 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pantai dinaiktaraf sebagai Pusat Internet  fasa 1(X) dan telah diubahsuai dari segi bangunan dan peralatan yang semakin canggih mengikut peredaran semasa .Bermula dari NADI  Kg Pantai ditubuhkan pada 1 April 2009 sehingga 2017, NADI telah memiliki keahlian seramai 3562 orang dan 27276 orang pengunjung.

NADI Kg Pantai telah memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat kepada semua golongan tidak kira tua atau muda. NADI Kg Pantai juga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan mengenai ICT dan sehingga kini, NADI  Kg Pantai telah dikenali di semua peringkat umur bagi kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. NADI Kg Pantai juga memberi kemudahan kepada warga asing yang datang melancong ke pulau perhentian untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan, Pusat Internet Kg Pantai sering bekerjasama dengan komuniti khususnya JKKK Kg Pantai dan agensi yang lain dalam memberi bantuan kepada komuniti setempat dalam mengisi permohonan online dan dalam pelbagai aspek kemasyarakatan  antara komuniti setempat.