mcmc
Laporan Aktiviti

4 JUN – KEMPEN INTERNET SELAMAT ( SEKOLAH RENDAH )

MASA10.00 PAGI – 11.00 PAGI
LOKASINADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA3 ORANG
TUJUAN

Webinar ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Ia juga bertujuan membimbing peserta dalam mengenal pasti risiko dalam talian serta cara melindungi diri daripada ancaman digital.
AKTIVITI

Program ini melibatkan sesi perkongsian oleh pakar keselamatan digital yang membincangkan isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, dan penyalahgunaan media sosial. Peserta diberi panduan praktikal tentang tetapan privasi, pengesanan maklumat palsu, dan langkah melindungi data peribadi. Seramai 3 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai webinar ini dalam usaha meningkatkan literasi digital secara selamat.

Gambar disini https://kgpantai.nadi.my/4-jun-2025-kempen-internet-selamat-sekolah-rendah/