TARIKH | 18.04.2025 |
MASA | 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI | NADI KAMPUNG PANTAI |
PESERTA | 27 ORANG |
Tujuan Mewujudkan kesedaran dalam kalangan ahli NADI Kg Pantai mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan mata. |
Aktiviti Dalam program ini pihak NADI telah bekerjasama dengan pihak All Vision untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di sekitar Kampung Pantai. Program ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan mata, konsultansi penjagaan mata dan juga pemeriksaan kesihatan. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat daripada program ini. |