mcmc
Laporan Aktiviti

13 JUN 2025 – WEBINAR CYBERSECURITY (LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA )

MASA03.30-5.00 PETANG
TEMPATNADI KAMPUNG PANTAI
PESERTA3 ORANG
TUJUAN

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas tentang keselamatan siber serta langkah-langkah melindungi diri daripada ancaman penggodam. Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan keselamatan maklumat dalam era digital.
AKTIVITI

Webinar ini melibatkan sesi pembentangan oleh pakar keselamatan siber yang membincangkan jenis-jenis ancaman siber terkini, teknik perlindungan digital seperti penggunaan kata laluan yang kuat dan pengesahan dua faktor, serta perkongsian kes sebenar serangan siber di Malaysia.

Peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung melalui sesi soal jawab. Seramai tiga orang peserta dari NADI Kg Pantai telah menyertai program ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai keselamatan siber.

Gambar di sini https://kgpantai.nadi.my/13-jun-2025-webinar-cybersecurity-lindungi-identiti-digital-anda/